Guna pengalaman 14 tahun di Cameron Highlands jadi petani - Utusan Malaysia

Guna pengalaman 14 tahun di Cameron Highlands jadi petani

MOHD. Pardi Ahmad Nordin menunjukkan tanaman fertigasi timun gantung yang diusahakan di Kampung Parit Kudus, Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pengalaman selama 14 tahun bekerja dengan syarikat antarabangsa di Cameron Highlands yang mengeluarkan pelbagai jenis sayuran menjadi aset utama seorang pemuda untuk menjadi petani sepenuh masa.

Bukan calang-calang orang apabila Mohd. Pardi Ahmad Nordin, 38, yang merupakan pemegang Ijazah Sains Gunaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) memilih bidang pertanian moden sebagai kerjayanya.

Dia meninggalkan pendapatan sebanyak RM7,000 di Ca­meron Highlands pada tahun lalu kerana mahu menjaga ibu mentuanya yang sakit di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, di sini.

Katanya, untuk itu dia bersama rakan, Mohd. Shah Sami­ngon, 35, mengambil keputusan menyewa sebuah tanah di Kampung Parit Kudus yang merupakan kebun kelapa sawit terbiar.

“Walaupun pada awalnya usa­ha ini menimbulkan persoalan penduduk kampung, saya bersama Mohd. Shah terus menjadikan kawasan tersebut sebagai kebun sayur berkonsep fertigasi gantung.

“Kami mengusahakan tanah tersebut dengan kos sewaan RM3,600 setahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Kudus di sini.

Kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu, pengalaman pertamanya menceburi bidang pertanian adalah dengan sebuah syarikat dari Australia yang mengadakan usaha sama dengan anak syarikat Khazanah Nasional.

“Di situ saya kenal pelbagai jenis tanaman seperti tomato, cili, lada benggala yang diusahakan di Cameron Highlands sebelum beralih bersama syarikat Belanda di tempat yang sama,” jelasnya.

Katanya, dengan pengalaman dalam bidang tanaman fertigasi secara gantung, dia membuat sendiri proses keseluruhan bermula daripada kerja-kerja tanah sehingga pemasangan peralatan dan sebagainya.

Menurut Mohd. Pardi, dia menggunakan sepenuhnya wang simpanan sebanyak RM40,000 bagi mengusahakan tanaman 2,600 polibag timun gantung yang bermula pada April lalu.

Katanya, masa menuai timun biasanya selepas 38 hari dita­nam dan boleh bertahan selama sebulan sebelum ditukar de­ngan tanaman yang baru.

Ditanya mengenai cabaran mengusahakan tanaman sayur di tanah tinggi kepada tanah rendah, dia memberitahu, cabaran tetap ada seperti perbezaan cuaca selain penyakit yang biasa dialami. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya