GST: Pastikan kos barangan asasi tidak bebankan rakyat - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

GST: Pastikan kos barangan asasi tidak bebankan rakyat – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu mengambil kira banyak faktor terutama tidak menambah bebanan rakyat yang kini terhimpit dengan situasi inflasi dan kos sara hidup tinggi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pertimbangan saksama wajar dilakukan agar golongan kurang berkemampuan tidak terus tertekan jika sistem percukaian itu kembali.

“Apa yang penting jangan sampai kos barang asasi menjadi beban kepada rakyat, (bebankan) orang berada tidak mengapa,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan mengembalikan GST sebagai cara berkesan menambah pendapatan negara bagi menangani masalah inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau berpandangan, sistem percukaian itu mampu mengembangkan pendapatan asas negara selain membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) membantah hasrat mengembalikan semula GST sekali gus mendakwa akan mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan PH memansuhkan GST menyebabkan kerajaan tidak mampu menampung pemberian subsidi bahan makanan kepada golongan sasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN