Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan angkat semangat jati diri Islam - Idris

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan angkat semangat jati diri Islam – Idris

IDRIS Ahmad menerima kunjungan penerbit filem Studio Kembara di pejabatnya di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini telah membangkitkan semangat jati diri Islam. 

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad selepas menerima kunjungan penerbit filem itu, Studio Kembara di pejabatnya hari ini. 

Idris berkata, filem arahan Syamsul Yusof itu disajikan unsur-unsur nasihat serta ikatan ukhuwah yang sangat kuat dan semuanya terangkum di dalam filem berkenaan. 

“Ia juga membawa mesej dakwah kepada masyarakat. 

“Saya bangga dan kagum dengan sambutan filem Mat Kilau dan merasakan filem ini boleh menjadi contoh dalam industri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Katanya, filem itu juga menjadi amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi dan seluruh yang terlibat.  

Idris berkata, beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali termasuk Syamsul, seluruh barisan pelakon dan warga produksi filem Mat Kilau. 

Katanya, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023 bagi mengiktiraf karya-karya kreatif berunsurkan Islam.

Filem Mat Kilau menjadi fenomena ketika ini malah, mencatat kutipan lebih RM20 juta dalam tempoh seminggu.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya