Enam penjaja buah jalanan disaman

Enam penjaja buah jalanan disaman

POLIS mengeluarkan saman kepada enam penjaja buah jalanan termasuk dua warga asing dalam operasidi kawasan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mempergiat Op Khas Penjaja bagi membanteras kegiatan penjaja jalanan yang menjalankan aktiviti jual beli di persimpangan lampu isyarat tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, polis menahan enam individu termasuk dua warga asing yang menjalankan aktiviti tersebut di kawasan pentadbirannya, kelmarin.

Katanya, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan masyarakat mengenai penjaja jalanan yang semakin berleluasa.

“Hasil operasi mendapati makanan yang dijaja, iaitu buah jeruk berkenaan telah disimpan dan disembunyikan berhampiran kawasan tepi jalan bagi menggelakkan tindakan diambil penguat kuasa,” katanya di sini hari ini.

Rupiah berkata, aktiviti menjaja di jalan awam adalah satu kesalahan yang jelas melanggar peraturan dan undang-undang.

Selain itu, katanya, tindakan tersebut turut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab serta memandang ringan isu kebersihan makanan dan risiko pencemaran daripada penyakit berjangkit.

“Mereka mengaut keuntungan dengan cara mudah, meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing bagi menjaja buah jeruk tanpa mengambil kira risiko dan bahaya kepada penjaja serta pengguna jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

“Kesemua saman yang dikeluarkan adalah di bawah Kaedah-kaedah Lalulintas LN 166/59-010A (2),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya