Enam murid tahun satu terselamat dalam kemalangan

Enam murid tahun satu terselamat dalam kemalangan

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam murid tahun satu terselamat selepas kenderaan jenis Proton Exora dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Jalan Saujana Utama, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua murid berkenaan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kenderaan berkenaan meninggal dunia ditempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.08 tengah hari.

Kata beliau, maklumat diterima dari saksi di tempat kejadian mengatakan kemalangan berlaku apabila sebuah Perodua Aruz dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang yang keluar dari simpang telah melanggar Proton Exora berkenaan

“Kesemua murid yang baru pulang dari persekolahan sesi pagi itu hanya mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpan Perodua Aruz hanya mengalami kesukaran untuk bernafas tetapi tidak mengalami sebaran kecederaan juga telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya