Empangan Nenggiri:  Orang luar `bising’ bukan Orang Asli   - Utusan Malaysia

Empangan Nenggiri:  Orang luar `bising’ bukan Orang Asli  

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan beri jaminan projek Empangan Nenggiri di Gua Musang tidak menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan tersebut selain menempelak kumpulan yang buat `bising’ itu adalah pihak luar.

 Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dengan adanya projek tersebut,  kehidupan masyarakat Orang Asli suku Temiar akan lebih baik.

 “Mereka yang serah memorandum protes itu bukan penduduk dari sana. Saya dari Kelantan dan saya pun kenal Orang Asli yang tinggal di situ,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

  Pada 7 Jun lalu, sekumpulan 100 Orang Asli hadir di sini menyerahkan memorandum bantahan projek hidroelektrik di Gua Musang kepada wakil Perdana Menteri, Faizal Sufar.

Perhimpunan aman diketuai Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along itu mendakwa projek tersebut bakal menjejaskan  kira-kira 1,185  penduduk  melibatkan 18 kampung.

 Projek bernilai RM5 bilion itu bakal menyalurkan kapasiti 300 megawatt Tenaga Boleh Baharu untuk Semenanjung dan dijangka siap pada 2026 sebelum beroperasi setahun kemudian.

 Mengulas lanjut, Takiyuddin yang baru pulang dari perasmian Majlis Pecah Tanah projek itu pada Ahad lalu berkata, dakwaan kumpulan protes tersebut tidak benar sama sekali.

 “Mereka yang terlibat dengan projek ini bukan sahaja diberi rumah baharu, malah tapak kebun selain segala kemudahan sosial yang lengkap seperti sekolah, balai raya dan sebagainya.

 “Segala fasiliti ini akan terus dibiayai  oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), bahkan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjadi orang tengah,” jelasnya lagi.

 Justeru, kata beliau, kesemua isu pertikaian dengan penduduk asal di tiga perkampungan Orang Asli terbabit dengan  projek itu sudah diselesaikan secara baik dan tiada lagi masalah baharu timbu

 Secara keseluruhan, katanya, Empangan Nenggiri bukan sahaja membentuk tasik takungan utama seluas 54 hektar tetapi bakal  berfungsi sebagai tebatan banjir bagi penduduk di hilir sungai.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya