Dua tahun saya terpaksa berjimat cermat, tak ada tawaran kerja - Ali Puteh - Utusan Malaysia

Dua tahun saya terpaksa berjimat cermat, tak ada tawaran kerja – Ali Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak, Ali Puteh, mengaku sudah dua tahun berdepan dengan masalah kewangan gara-gara kemelut dirinya bersama balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Menurut Ali, 33, konflik yang berlaku itu telah memberi kesan kepada kerjaya dirinya selepas banyak tawaran kerja yang dibatalkan di saat akhir dan melarat hingga langsung tidak ada tawaran kerja yang diterima dalam tempoh itu.

Kata Ali, dia hanya mendapat satu tawaran untuk muncul dalam satu program mengaji Al-Quran yang dibayar sebanyak RM300.

“Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya yang dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

“Pada Ramadan lalu, saya terima tawaran untuk muncul program mengaji Al-Quran di mana perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,”katanya.

Selain itu,Ali juga mengaku tertekan dalam tempoh itu memandangkan dia mempunyai isteri dan anak yang perlu ditanggung selain perlu menanggung Allahyarham Sabariah Arshad yang memerlukan wang untuk kos perubatan ketika itu.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan serta kos perubatan arwah mak. Setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata juga terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan modal bisnes.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya