Dua kemudahan awam di Kukup Laut 'tiada fungsi'

Dua kemudahan awam di Kukup Laut ‘tiada fungsi’

JEFRIDIN Atan (kiri) mendengar rungutan orang awam mengenai Terminal Pengangkutan Awam Kukup yang terbiar di Pekan Kukup Laut, Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kewujudan dua bangunan awam di kawasan Pekan Kukup Laut, di sini tiada fungsi dan memerlukan perhatian kerana tidak dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menggunakan fasiliti berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, bangunan pertama adalah Terminal Pengangkutan Awam Kukup yang tidak beroperasi walaupun sudah dinaik taraf.

Katanya, bangunan dirasmikan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman pada 2004 itu kini terbiar dan tidak berfungsi sebagai terminal bagi sistem pengangkutan awam.

Beliau berkata, bangunan tersebut juga tidak dilengkapi kemudahan kerusi bagi orang awam yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan teksi sama ada ia hilang atau tidak selamat untuk digunakan.

“Dengan pembukaan Terminal Feri Antarbangasa Kukup (TFAK), terminal ini sepatutnya dapat berfungsi dengan baik bagi memudahkan orang awam yang menggunakan pengangkutan awam.

“Sejajar dengan imej Kukup Laut sebagai destinasi pelancongan utama bagi daerah Pontian, kemudahan seperti itu perlu dipelihara supaya tidak menyakitkan mata orang ramai yang memandangnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jefridin berkata, disebabkan faktor tersebut, ruang kedai yang terdapat di terminal tersebut juga banyak kosong dan tidak dapat menjalankan perniagaan kerana ketiadaan pelanggan.

Selain itu, beliau meminta Rumah Kelab Prostar Daerah Pontian yang juga terletak di Pekan Kukup Laut tidak dibiarkan setelah tidak aktif disebabkan berlaku pertukaran kepemimpinan mereka.

Katanya, Prostar yang merupakan singkatan perkataan bagi Program Sihat Untuk Remaja yang dahulunya dikenali sebagai Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan.

“Adalah menjadi satu kerugian kepada masyarakat khususnya golongan remaja tidak dapat menggunakan bangunan tersebut bagi mereka menjalankan aktviti yang sihat,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya