Dua kali ular sawa `ceroboh' mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Dua kali ular sawa `ceroboh’ mangkuk tandas

ULAR sawa seberat 5 kg berjaya ditangkap APM Alor Gajah dalam kejadian di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa seberat lima kilogram (kg) tiba-tiba muncul dalam mangkuk tandas di kediaman mereka di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal di sini, semalam. 

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, ular sawa sepanjang 2.1 meter berkenaan bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

Menurut Dayana Sazali, 28, kejadian itu disedari apabila suaminya, Ahmad Khaidir Ahmad Abdullah, 29, ingin menggunakan tandas di bahagian dapur. 

Bagaimanapun, katanya, suaminya terkejut apabila terlihat seekor ular sawa sedang berlingkar dalam mangkuk tandas berkenaan. 

“Suami terus menutup mangkuk tandas menggunakan penutupnya dan menelefon talian kecemasan APM untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Dayana berkata, kejadian itu adalah kali kedua b selepas Ramadan tahun lalu. 

“Ramadan tahun lalu berlaku juga insiden sama, tetapi ular itu lari  masuk semula ke dalam saluran tandas ketika pasukan APM cuba menangkapnya,” ujarnya yang masih trauma untuk menggunakan tandas di rumahnya. 

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 6.52 petang. 

“Sepasukan empat anggota telah ke lokasi dan reptilia itu berjaya ditangkap dalam masa 15 minit. 

“Kita percaya ular sawa tersebut datang dari parit di belakang kediaman tersebut dan telah tersesat masuk ke dalam saliran air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya