KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui hanya kerjasama antara parti-parti politik termasuk pembangkang di bawah khemah besar boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Namun Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, Pejuang menolak khemah besar itu jika ia diterajui sama ada oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, sikap pemimpin pembangkang yang ‘tidak lurus’ menjadi sebab mengapa Pejuang menolak konsep ‘khemah besar’ pada hari ini. Bagi beliau, Anwar dan Muhyiddin mempunyai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya