Ditekan majikan kerana cuti jaga anak sakit - Utusan Malaysia

Ditekan majikan kerana cuti jaga anak sakit

HAZIYAH HADMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Terpaksa memilih keluarga berbanding bekerja merupakan dilema dihadapi seorang pemegang Diploma Pengurusan Pelancongan, di sini apabila memutuskan memberi tumpuan menjaga anak-anaknya di rumah.

Haziyah Hadman, 29, berkata, sebelum berkahwin, dia bekerja seperti biasa menggunakan kelayakan yang diperoleh untuk mendapatkan pekerjaan yang sewajarnya.

Namun, ibu kepada dua anak itu berkata, dia berdepan keadaan di mana ditekan majikannya selepas kerap mengambil cuti ekoran keadaan anaknya yang tidak sihat.

“Anak pertama usia tiga tahun ketika itu sakit dan dua hari dimasukkan ke dalam wad. Selepas dia sembuh tidak lama kemudian anak kedua usia setahun pula masuk wad dan ditahan seminggu.

“Majikan mula menekan saya apabila menyatakan saya memberi alasan anak sakit. Jadi jalan mudahnya lebih baik saya menumpukan perhatian menjaga anak di rumah manakala suami keluar bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, tambah Haziyah, tidak dinafikan dia berasa amat sayang apabila diploma yang diperoleh tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperoleh pekerjaan.

Dia yang kini hamil anak ketiga berkata, tidak mustahil satu hari nanti mungkin akan kembali bekerja apabila anak-anaknya sudah membesar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya