Dipenjara lima bulan pukul kepala isteri 

Dipenjara lima bulan pukul kepala isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pembekal makanan dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya menggunakan kerusi sehingga cedera di kepala, Sabtu lalu. 

Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan hukuman penjara terhadap A. Ramasamy, 48, bermula dari tarikh tangkapan 4 Jun lalu. 

Mengikut pertuduhan, Ramasamy didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya L. Mala, 44, dengan memukul kepala wanita itu menggunakan kerusi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6 petang, 4 Jun lalu  di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat  (PPR), Taman Intai Baiduri Kepong, di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Terdahulu ketika mengemukakan rayuan, Ramasamy merayu agar dia dikenakan hukuman ringan kerana hanya berkerja sebagai pembekal makanan dengan gaji RM1,700 sebulan dan menanggung isteri serta empat orang anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran buatnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya