Dewan Ulama Pas pertahan kenyataan Idris, larang sertai Bon Odori

Dewan Ulama Pas pertahan kenyataan Idris, larang sertai Bon Odori

KERATAN akhbar laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Ulama Pas Pusat tegas menggesa umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai Festival Bon Odori kerana menganggap terdapat unsur-unsur keagamaan dalam festival berkenaan.

Ketua Dewannya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, meskipun terdapat pandangan yang menjelaskan festival tersebut turut berkait dengan kebudayaan Jepun, ia tidak sesekali mengetepikan pandangan bahawa tetap mengandungi unsur ritual keagamaan Buddha.

“Prinsip ini selaras dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti, pengkaji agama serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Idris Ahmad). Kesemua pendirian ini dinyatakan berdasarkan maslahah awam supaya tidak terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kepada pelanggaran aqidah.

“Dalam hal ini, alasan kebudayaan Jepun semata-mata tidak cukup merit untuk dipertimbangkan bersama. 

“Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan agar langkah kerajaan Negeri Kelantan yang tidak lagi menyenaraikan tarian Bon Odori sebagai acara persembahan kebudayaan di dalam Festival Kebudayaan Kelantan-Jepun 2022  pada Mei lalu, setelah dikenal pasti mempunyai unsur-unsur keagamaan yang boleh merosakkan akidah, dicontohi semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Teradahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun itu yang dijangka diadakan di Shah Alam pada 16 Julai ini.

AHMAD YAHYA

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, Dewan Ulama Pas turut  menggesa umat Islam mengambil perhatian terhadap tentangan berhubung Festival Bon Odori dan tidak menyertainya.

“Nasihat yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama tersebut jelas berpandukan maslahah orang ramai.

“Di samping itu, badan-badan autoritatif agama di negara in sewajarnya mewacanakan semula bentuk-bentuk perayaan dan festival dari dalam dan luar negara yang mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan lain. la perlu dibendung secara konstruktif bagi menjaga maslahah ammah di negara ini,” jelasnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya