Covid-19: Lima negeri catat lebih 100 kes

Covid-19: Lima negeri catat lebih 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,003 kes berbanding kelmarin, 2,302 kes sekali gus mengatasi 1,861 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 690 kes diikuti Kuala Lumpur (517), Sabah (113), Pulau Pinang (179), Perak (101), Negeri Sembilan (87), Johor (72) dan Melaka (56).

Diikuti Putrajaya (49), Sarawak (41), Kedah (38), Pahang (20), Terengganu (17), Kelantan (14), Perlis (7) dan Labuan, dua kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 456 orang berbanding kelmarin, 477 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 31 kes bersamaan jumlah semalam.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 19 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak tujuh kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,019 kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan satu kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiada kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,746 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,583 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya