PETALING JAYA: Sebanyak 1,079 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 22,712 kes.
Menurut laman Covid Now, daripada jumlah kes aktif, 21,707 individu atau 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 25 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Selain itu, 956 atau 4.2 peratus lagi dirawat di hospital dengan 24 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, sejumlah dua kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 35,711 kes.
Selain itu, sebanyak 1,746 kes sembuh pula direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,466,304 kes. – UTUSAN