Buruh binaan dihukum gantung edar methamphetamine - Utusan Malaysia

Buruh binaan dihukum gantung edar methamphetamine

LOO Yong Heng dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Muar atas kesalahan mengedar dadah pada Februari 2018 di Tangkak. - UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh binaan atas kesalahan mengedar dadah, empat tahun lalu.

Tertuduh, Loo Yong Heng, 44, didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 183.14 gram.

Mengikut pertuduhan, Yong Heng didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bukit Kontang, Tangkak, dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 13 Februari 2018.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan tertuduh bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dan membuktikan tertuduh melakukan kesalahan itu.

Yong Heng turut didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap lima pertuduhan lain secara serentak melibatkan kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Chon Sin.

Sepanjang proses perbicaraan sejak 2018, seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil bagi memberi keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya