Buaya muncul di Pantai Kampung Tengah selepas 10 tahun - Utusan Malaysia

Buaya muncul di Pantai Kampung Tengah selepas 10 tahun

TANGKAP layar video tular yang memaparkan seekor buaya berukuran hampir dua meter berenang di Pantai Kampung Tengah, Kijal di Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menggemparkan kumpulan nelayan di Pantai Kampung Tengah, Kijal di sini hari ini.

Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, haiwan liar itu dikesan ketika mereka keluar memukat ikan kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, kemunculan buaya bukan perkara baharu bagi kalangan nelayan di situ dan kali terakhir ditemukan kira-kira 10 tahun lalu.

“Sudah lama tiada buaya berenang di sini dan kami bimbang keselamatan penduduk serta pengunjung yang mandi di pantai.

“Hal itu kerana, lokasi penemuan haiwan itu hanya kira-kira 100 meter dari pantai yang menjadi tempat orang ramai beriadah,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi tular di laman Facebook hingga mencetuskan kerisauan warganet terutama pengunjung yang sering ke pantai berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya