Bot membawa 10 pemancing, 3 kru hilang di perairan Terengganu

Bot membawa 10 pemancing, 3 kru dikhuatiri hilang di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Seramai 13 orang yang melakukan trip memancing di perairan Terengganu sejak enam hari lalu dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke jeti mengikut jadual ditetapkan semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, manga yang dikhuatiri hilang itu  termasuk tiga kru bot tersebut dan mereka sepatutnya pulang ke Jeti Pengkalan Kubu Kuala Besut dekat sini.

Menurutnya, mereka dilaporkan berlepas dari jeti sama pada pukul 10 pagi, 25 Jun lalu bagi melakukan trip memancing.

“Maklumat tentang kehilangan mereka telah dimaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM) hari ini sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 11.45 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, Kapal Maritim (KM) Redang telah dikerah untuk melakukan operasi terbabit.

Menurutnya,  pencarian bot memancing tersebut agak sukar kerana ia tidak dilengkapi sebarang peralatan komunikasi.

“Kita cuba mencari di kawasan sekitar pelantar minyak yang mungkin menjadi lokasi mereka memancing tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui.

“Hebahan berhubung kehilangan bot itu telah dilakukan kepada Pusat Komunikasi 

Petronas dan Exxon Mobil yang terlibat dalam kerja-kerja di pelantar minyak sekitar perairan negeri ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya