BN kembali dengan wajah baharu! - Ahmad Zahid

BN kembali dengan wajah baharu! – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebangkitan Barisan Nasional (BN) di siri siri kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) bukti rakyat mahu parti itu kembali namun dengan wajah baru.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN perlu melakukan anjakan paradigma dengan proses pengislahan dalaman dan membuat tawaran yang dapat meneruskan keterujaan rakyat untuk kembali memberikan sokongan.

“Pertama, di peringkat dalaman, Barisan Nasional mesti bersedia untuk keluar daripada kerangka lama dari segi formula pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU ke-15

“untuk memastikan wakil-wakil komponen dalam membentuk kerajaan yang majmuk, formula yang saya perkenalkan dalam 2 PRN terkini iaitu prinsip WALI (Winnable, Acceptable and Likeable) ternyata menggamit keyakinan rakyat kepada BN,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ulang Tahun Sambutan Barisan Nasional (BN) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Seterusnya, beliau turut menyatakan untuk menampilkan lebih ramai muka-muka baharu sebagai wajah hadapan Barisan Nasional.

“Kita telah membuktikan 87% muka baharu di Melaka dan 79% di Johor telah menangkap imaginasi pengundi untuk kembali bersama Barisan Nasional.

“BN mesti bersifat inklusif dan lebih terbuka. Demi memastikan negara stabil dan rakyat sejahtera, BN perlu terbuka untuk menjalinkan kerjasama mahupun menerima sesiapa sahaja, selagi mana mereka menerima prinsip BN,” katanya.

Justeru, Zahid mahu menawarkan agenda pembaharuan dan pembaikan (islah dan reform) bagi memperkasakan lagi tata kelola, tadbir urus dan ketelusan dalam pentadbiran.

“Ini juga termasuk memastikan institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang tidak lagi dicemari dengan agenda untuk membunuh seteru politik sebagaimana yang berlaku di zaman PH seperti mengeksploitasi institusi Peguam Negara dan SPRM.

“ akhir sekali, mengembalikan ekonomi Malaysia ke landasan asal untuk menjadi negara yang maju berpendapatan tinggi dengan matlamat menjadikan negara sebagai destinasi utama pelaburan rantau Asia Tenggara,” katanya.

Tambahnya, agihan ekonomi yang saksama, memperhebatkan pelbagai bantuan kepada rakyat berasaskan orientasi ‘need-based’ dan bukannya ‘race-based’, pengurusan ekonomi yang mapan, lebih telus dan berpandukan tadbir urus yang baik dan bagi merancakkan kembali pertumbuhan.

Sementara itu, bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, Zahid memberi kepercayaan penuh kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menggerakkan komponen seawal yang boleh

“Tokmat akan mengetahui kerja pusat untuk turun ke negeri negeri bukan mahu mengenalpasti calon tapi meninjau jentera pilihanraya, Tok Mat saya mahu jawatankuasa setiap peringkat diaktifkan segera. Kalau ada sakit ubat cepat,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya