Berniaga sambil belajar, penuntut UMK raih RM10,000 sebulan

Berniaga sambil belajar, penuntut UMK raih RM10,000 sebulan

WAN Nurul Aida Nazwa Wan Ahmad bersama koleksi pakaian rekaannya di studio Dwans Collection di Kota Bharu, Kelantan, semalam. – FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bermula dengan modal RM500 dua tahun lalu, seorang penuntut Fakulti Ke­usahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini berjaya menjana pendapatan mencecah RM10,000 sebulan menerusi penghasilan fesyen wanita rekaan sendiri.

Penggunaan media sosial se­bagai platform perniagaan mem­bolehkannya terus berdaya maju untuk memikat pembeli di seluruh negara dengan sasaran keuntungan lebih RM100,000 setahun.

Berkongsi kejayaan dengan Utusan Malaysia, penuntut UMK Kampus Kota, Wan Nurul Aida Nazwa Wan Ahmad, 23, berkata, minatnya dalam dunia perniagaan berputik ekoran komisen tidak berbaloi ketika menjadi ejen jualan pakaian sebelum ini.

Katanya, pekerjaan tanpa ba­­yaran itu menyuntik sema­ngatnya untuk mengusahakan sendiri perniagaan selain mem­praktikkan ilmu yang ma­sih dipelajari dalam bidang ber­kai­tan di UMK.

“Syukur, selepas tempoh dua tahun pandemik Covid-19, saya memiliki syarikat sendiri iaitu Dwans Collection yang menjual pakaian wanita termasuk beg tangan yang mendapat permintaan tinggi.

“Tak perlu takut menanggung kerugian kerana perniagaan saya berkonsepkan tempahan pengguna. Berniaga tanpa tunai dan pembelian dilunaskan terlebih dahulu sebelum barangan dihantar,” katanya ketika ditemui di UMK, Kampus Bachok, di sini semalam.

Wan Nurul Aida yang berasal dari Machang dan masih me­nuntut di tahun tiga uinversi­ti berkenaan berkata, pada pe­ringkat permulaan dia berusaha mengeluarkan satu koleksi pakai­an rekaan sendiri yang tidak diduga menarik minat pelanggan.

Menurutnya, Dwans Collection mengetengahkan konsep fesyen kontemporari sesuai dengan gaya penampilan wanita masa kini dengan koleksi pakai­an eksklusif terutama pelanggan yang berkerjaya.

“Sasaran jualan adalah dalam kalangan wanita berumur 18 tahun hingga 35 tahun dengan yang dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik iaitu di bawah RM150,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya