Belum ada keputusan tukar cuti hujung minggu  - MB

Belum ada keputusan tukar cuti hujung minggu 

Onn Hafiz berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor belum membuat sebarang keputusan berhubung penyelarasan cuti hujung minggu yang ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu tidak boleh dibuat secara melulu kerana masih dalam kajian melibatkan pelbagai pemegang taruh.

Katanya, penyelarasan cuti hujung minggu itu juga perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Penyelarasan cuti hujung minggu yang hebat dibicarakan, malah menjadi buah mulut Bangsa Johor kerana ramai ibu bapa yang bekerja dalam sektor swasta hanya dapat meluangkan masa satu hari dengan anak-anak.

“Hal ini disebabkan perbezaaan hari cuti hujung minggu sejak  2014. Penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta,” katanya dalam sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Pada 14 Jun lalu, Onn Hafiz menyatakan kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu ekoran terdapat keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan selain bagi memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama. 

Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi dan dibuat bagi memudahkan golongan lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

Johor sebelum itu juga pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum 1994.

Onn Hafiz yang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Machap berkata, semua pandangan dan cadangan berhubung penyelarasan cuti minggu di negeri ini diterima dengan baik.

“Pelbagai cadangan telah diberikan, ada yang mahu ia kekal hari Jumaat dan Sabtu supaya mudah pergi solat, ada yang mahu ia diubah ke Sabtu dan Ahad supaya selari dengan kerajaan Persekutuan.

“Ada yang mahu masa rehat hari Jumaat yang lebih panjang, ada juga yang mahu cuti dua hari setengah malah ada yang mahu cuti tiga hari seminggu,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya