Basikal klasik ganti kompang iringi mempelai - Utusan Malaysia

Basikal klasik ganti kompang iringi mempelai

PASANGAN pengantin yang menaiki kereta klasik jenis Mini Moka diiringi kayuhan 22 buah basikal tua sejauh 500 meter ke Dewan Sri Rembau, Rembau. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kebiasaannya pa­luan kompang sentiasa mengiringi perarakan mempelai, namun di majlis perkahwinan antara Muhamad Khairil Roslan, 24, dan Nurul Syahirah Ruslan, 32, ia diiringi pula dengan kumpulan basikal klasik.

Dalam majlis bersejarah yang berlangsung semalam di Dewan Sri Rembau di sini, pasangan suami isteri itu turut menaiki kereta klasik jenis Mini Moka yang disewa khas sambil diiringi kayuhan 22 buah basikal tua.

Bapa kepada pengantin perempuan, Ruslan Rosli, 60, berkata, dia tidak menyangka, hasratnya untuk melihat majlis perkahwinan anak ketiganya itu diserikan dengan kehadiran peminat-peminat basikal klasik.

“Pada mulanya saya fikir ingin menyewa beca, namun terfikirkan rakan saya, Abd. Latip Alias, 63, yang memiliki banyak basikal klasik. Saya kemudian suarakan hasrat kepadanya untuk mengiringi majlis perkahwinan anak saya dengan kayuhan basikal klasik.

“Pada mulanya Abd. Latip memberitahu, hanya empat buah basikal yang terdiri daripada rakan-rakannya yang lain akan mengiringi pengantin, namun ramai rakan peminat basikal klasik berminat sehingga lebih 20 basikal mengi­ringi pengantin,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Abd. Latip memberitahu, apa yang dilakukan kumpulan basikal klasik berkenaan adalah bagi menunaikan hajat bapa pengantin.

“Bagi peminat basikal klasik, rata-rata dalam kalangan kami tidak akan menolak untuk menyertai program-program seperti ini memandangkan secara tidak langsung ia akan dapat memperkenalkan dengan pelbagai lapisan masyarakat tentang keistimewaan basikal klasik ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya