Banyak aduan pembakaran terbuka di kawasan perumahan

Banyak aduan pembakaran terbuka di kawasan perumahan

S. Veerapan (kiri) dalam program Sesi Libat Urus Bersama Agensi Berkepentingan Bagi Mencegah dan Menangani Masalah Pembakaran Terbuka di Seremban hari ini. - UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 121 kompaun kepada pesalah pembakaran terbuka selain 131 amaran dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 80 aduan pembakaran diterima JAS dengan kebanyakannya berpunca dari pembakaran terbuka di kawasan perumahan.

“Tentu sekali orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan perumahan, tanah gambut, tapak pelupusan sampah ataupun membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki oleh pihak yang menyebabkan pembakaran terbuka.

“Kompaun maksimum boleh dikenakan sebanyak RM2,000 bagi setiap kesalahan malah mengikut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sesi Libat Urus Bersama Agensi Berkepentingan Bagi Mencegah dan Menangani Masalah Pembakaran Terbuka, di sini hari ini.

Veerapan berkata, program bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan itu adalah selaras dengan kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung permulaan Monsun Barat Daya pada 14 Mei lalu yang menyebabkan taburan hujan yang rendah.

“Sesi libat urus yang turut melibatkan Jabatan Meteorologi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi ruang kepada agensi dan jabatan terlibat menyampaikan maklumat berkaitan termasuk persediaan menghadapi sebarang kemungkinan keadaan cuaca panas dan kering,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya