Arshad pelopor inovasi pendidikan sukar dicari ganti - Sultan Selangor

Arshad tokoh pelopor inovasi pendidikan sukar dicari ganti – Sultan Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkongsikan gambar kenangan baginda bersama Allahyarham Arshad Ayub (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub sebagai tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

Baginda bertitah, kagum usaha Allahyarham yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara.

“Beliau (Arshad) mempunyai pendirian bahawa sesuatu kejayaan cemerlang boleh dicapai dengan usaha bersungguh-sungguh dan komitmen berterusan.  

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan merupakan perintis kepada pembangunan Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM),” titah baginda menerusi menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara itu.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, penubuhan UiTM yang diasaskan Allahyarham bertujuan memberi peluang kepada pelajar kurang bernasib baik terutama luar bandar melalui program-program yang diadakan. 

“Visi dan perancangan beliau menghasilkan ramai para profesional dan ilmuan yang diiktiraf antarabangsa. Allahyarham mencurahkan sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pembangunan UiTM,” titahnya.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai menghargai usaha allahyarham dalam membangunkan UiTM, beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama, Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2010.

Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap balu Allahyarham, Toh Puan Zaleha Mohd. Arshad dan waris keluarga tabah menerima ketentuan Allah dan mendoakan roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

Arshad, 93, meninggal dunia di KPJ Damansara Specialist Hospital, pukul 2.06 pagi semalam selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa minggu lalu. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini, petang semalam.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya