Angkat Tengku Zafrul poster boy BN Selangor - Jamal Yunos

Angkat Tengku Zafrul poster boy BN Selangor – Jamal Yunos

TENGKU zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu diangkat sebagai poster boy Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas anggota Kabinet itu dilihat kerap turun padang menyantuni rakyat di Kuala Selangor. 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, parti itu memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini rakyat yang mampu menawarkan perubahan luar biasa di negeri ini. 

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor itu diterima baik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, apa salahnya Tengku Zafrul dinamakan sebagai poster boy  pada PRU15. 

“Saya yakin beliau mempunyai latar belakang dari dunia korporat dan perbankan yang mampu membela kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Zafrul dilihat lebih diterima oleh pimpinan dan akar umbi UMNO di Selangor berbanding bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo. 

Hasrat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong itu yang mahu membuat comeback sebagai calon dalam PRU15 dianggap hanya memecahkanperpaduan UMNO negeri.

JAMAL MD. YUNOS

Jelas Jamal, kejayaan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tahun lalu membuktikan calon baharu, segar dan bebas daripada kontroversi menjadi pilihan pengundi. 

“Formula sama boleh diguna pakai dalam PRU15 dengan mengetengahkan calon muda, baharu dan sesuai dengan kehendak semasa. Rakyat kini mula kembali memberi kepercayaan kepada BN yang menawarkan manifesto mampu dilaksanakan iaitu kestabilan politik dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan pendaftaran secara automatik daftar pemilih berusia 18 tahun turut membuktikan pengundi muda memberi sokongan luar biasa hingga memenangkan BN di Melaka dan Johor. 

“Langkah ini boleh digunakan di negeri lain terutama Selangor dalam usaha merampas semula daripada Pakatan Harapan (PH) sejak tiga penggal lalu,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya