Ambil juga amah Bangladesh, Nepal - Utusan Malaysia

Ambil juga amah Bangladesh, Nepal

SUKUMARAN NAIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan digesa mencari negara sumber lain seperti Bangladesh dan Nepal bagi mengisi keperluan amah di negara ini dan tidak hanya bergantung kepada pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berkata, langkah itu sebagai alternatif selepas kumpulan pertama PDI yang sepatutnya tiba kelmarin tidak sampai seperti dirancang sekali gus menyukarkan beribu majikan yang telah lama menunggu pembantu rumah sejak rundingan ditutup pada 2016.

Beliau berkata, keadaan itu mengakibatkan orang ramai hilang kepercayaan dan keupayaan untuk memenuhi permintaan pembantu rumah daripada pelbagai negara.

Dalam hal ini, menurut beliau, ejen perekrut Bangladesh dan Nepal telah memberikan persetujuan untuk menghantar sejumlah besar amah terlatih sekiranya tuntutan mereka dipenuhi.

“Semasa lawatan rasmi ke Dhaka, baru-baru ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Bangladesh Overseas Employment & Services Limited (BOESL) memberi taklimat kepada kami bahawa pembantu rumah Bangladesh tersedia untuk dihantar ke Malaysia.

“Pembantu rumah Bangladesh kini dihantar ke Arab Saudi, Jordan, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan pelbagai negara lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sukumaran berkata, laporan terperinci akan dihantar kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia untuk semakan, nasihat dan penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan memperoleh negara sumber lain.

Kata beliau, kerajaan juga boleh meningkatkan produktiviti negara dalam ekonomi dan isi rumah apabila keluarga boleh memberi penjagaan sewajarnya kepada anak-anak dan orang tua.

“Majikan berasa kecewa dengan kelewatan tersebut dan sedang mencari penyelesaian segera kepada kekurangan tenaga kerja semasa dan berharap isu dengan negara sumber dapat diselesaikan secara baik secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan kumpulan pertama pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia adalah ketibaan pertama kumpulan pekerja asing dari negara itu, selepas sekatan disebabkan pandemik Covid-19.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono turut mengesahkan penangguhan penerbangan membabitkan 164 pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya