Amang seksual: Pembantu jualan dipenjara enam tahun, enam sebatan - Utusan Malaysia

Amang seksual: Pembantu jualan dipenjara enam tahun, enam sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pembantu jualan sebuah kedai serbaneka dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, dua tahun lalu.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Shukri Md. Yasin, 36, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan dan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bandar Tinggi, Kuala Klawang di Jelebu pada pukul 2 pagi, 19 Jun 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa di lokasi sama pada pukul 3 pagi, 20 Jun 2020.

Sehubungan itu, untuk kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh tangkapan pada 20 Jun 2020 sementara hukuman sebat secara berasingan.

Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa dia telah insaf dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak.

Mengikut fakta kes, mangsa mengenali tertuduh di sebuah Acara Tarian Orang Asli dan berhubung melalui aplikasi WeChat.

Keluarga mangsa telah membuat laporan polis selepas remaja perempuan itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sebaik sahaja keluar menaiki motosikal dan kenderaannya ditemukan tersadai di sebuah taman permainan.

Selepas ditemukan, mangsa memberitahu pihak polis bahawa tertuduh ada melakukan hubungan seksual dengannya dan tertuduh telah ditahan pada 20 Jun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya