Aliran trafik menghala Pantai Timur, Utara perlahan - Utusan Malaysia

Aliran trafik menghala Pantai Timur, Utara perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik dari ibu kota menghala Pantai Timur dilapor perlahan susulan pertambahan kenderaan sempena cuti persekolahan yang bermula semalam.

Menurut perkongsian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter, aliran trafik perlahan direkodkan di laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Kuantan terutamanya sebelum masuk Plaza Tol Gombak.

Selain itu, aliran trafik direkodkan perlahan di tiga laluan menghala ke utara, setakat pukul 10.50 pagi tadi.

Trafik perlahan dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Tapah (Lata Kinjang) susulan kemalangan di kilometer (Km) 321 arah utara, laluan Sungkai ke Bidor dan laluan Slim River ke Sungkai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya