93 mesin jual air tiada lesen disita di Klang

93 mesin jual air tiada lesen disita di Klang

ANTARA mesin jual air yang diperiksa dan disita oleh JKNS dengan kerjasama PKD Klang dan MPK di sekitar Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyita sebanyak 93 mesin jual air (MJA) di sekitar daerah ini selepas didapati tidak mempunyai lesen sah yang ditetapkan.

Jumlah tersebut termasuk 10 mesin yang disita menerusi operasi bersepadu dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 25 Mei dan 2 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, operasi pelupusan itu dijalankan susulan sitaan sebanyak 83 MJA tidak berlesen sebelum ini dan menyasarkan tiga  lokasi utama operasi iaitu iaitu di sekitar Bukit Tinggi, Pandamaran dan Jalan Taiping.

“Sebanyak 10 MJA dipindahkan ke depoh simpanan MPK untuk tempoh tiga bulan sementara PKD Klang mendapatkan keizinan pelupusan daripada mahkamah.

“Selain itu, 10 notis sitaan di bawah Seksyen 4 (1)(f) Akta Makanan 1983 turut diberikan kepada wakil MJA untuk diserahkan kepada pemilik sebenarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Sha’ari, pemilik mesin yang ingin menuntut perlu membayar kompaun RM2,000 di PKD Klang dan membawa resit itu kepada MPK dalam tempoh dua minggu dari tarikh notis sitaan dikeluarkan.

“Jika pemilik gagal menuntut dalam tempoh itu, tindakan pelupusan akan diambil selepas mendapat izin daripada mahkamah. 

“PKD Klang turut memberi amaran kepada pemilik premis supaya tidak sewenangnya memberi khidmat bekalan itu tanpa memastikan MJA berkenaan mendapat lesen sah daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya