6,606 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen UPSI

6,606 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen UPSI

MAJLIS Istiadat Konvokesyen Ke-23 UPSI berlangsung hari ini hingga 25 Jun di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di Tanjung Malim. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seramai 6,606 graduan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Ke-23 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai hari ini hingga 25 Jun.

Majlis berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini menyaksikan 141 graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, 683 Ijazah Sarjana, 3611 Ijazah Sarjana Muda, 189 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah serta 1,982 dianugerahkan diploma.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Madya Dr. Izwan Shahril berkata, Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan hadir menyempurnakan penganugerahan pada sesi pertama majlis istiadat.

“UPSI mengucapkan setinggi tahniah kepada semua graduan yang berjaya mengharungi suka duka sehingga tamat pengajian demi masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, istiadat konvokesyen menyaksikan sembilan graduan akan menerima ijazah secara anumerta.

Beliau berkata, oleh kerana penganjuran majlis dalam suasana endemik, pihak universiti memutuskan untuk membenarkan ibu,  bapa  suami atau isteri graduan memasuki dewan untk menyaksikan graduan menerima ijazah. 

“Walau bagaimanpun, prosedur standard operasi(SOP) tetap dilaksanakan menerusi semakan MySejahtera  dan pemeriksaan ujian saliva sebagai prosedur tapisan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, sempena majlis istiadat konvokesyen kali ini juga, diadakan Pesta Konvokesyen bermula 17 Jun sehingga 25 Jun.

Katanya, Festival Muallim akan berlangsung pada 18 Jun pada pukul 8.30 malam yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Dataran Cemerlang Bersama, Kampus Sultan azlan Shah.

“Selain Festival Muallim, antara program menarik termasuk klinik bolasepak, auto show, klinik asas renang, ATV, Malam Puisi Seabad Suluh Budiman Ibu Kandung manakala artis jemputan Bunkface dan Usop Mentor,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya