60 juta kg minyak masak sebulan, cukup tampung keperluan rakyat

60 juta kg minyak masak sebulan, cukup tampung keperluan rakyat

ROSOL Wahid (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis di sini hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sebanyak 60 juta kilogram minyak masak bersubsidi dikeluarkan dalam tempoh sebulan iaitu jumlah yang mencukupi untuk menampung bekalan keseluruhan 32.4 juta penduduk di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, masalah kekurangan bekalan minyak masak tersebut berkemungkinan disebabkan isu penyelewengan.

Katanya, sebagai rekod, sembilan syarikat telah ditarik balik lesen manakala 15 syarikat lagi lesen mereka digantung dan masih dalam siasatan sejak 2020 atas kesalahan penyelewengan.

“Oleh itu, kita perlukan maklumat dari orang ramai jika mereka ada pergi ke sempadan negara dan ternampak minyak masak bersubsidi seperti di Danok, maka ambil gambar dan salurkan maklumat kepada kami.

“Kami akan melihat syarikat mana yang ada melakukan penyelewengan ini daripada jenama di minyak peket masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata, pihaknya berharap caj pemprosesan atau potong ayam tidak dikenakan oleh peniaga kepada pembeli setelah harga syiling runcit ayam standard baharu dinaikkan kepada RM9.40 sekilogram bermula esok.

Katanya, sebelum ini, peniaga memberi alasan caj pemprosesan terpaksa dikenakan semasa harga syiling RM8.90 kerana mereka mendakwa mendapat bekalan pada harga yang sama.

Ujarnya, tiada peraturan atau kesalahan berkaitan caj pemprosesan, namun pengguna juga perlu bijak memilih peniaga yang tidak mengenakan caj ataupun mengenakan caj yang lebih rendah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya