penyu mati

41 penyu mati di Terengganu dalam enam bulan

AZMAN Ibrahim (dua, dari kanan) melihat pameran dalam Program Kesedaran Cakna Penyu di galeri jambatan angkat di Kuala Terengganu, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, punca kematian reptilia marin terancam itu adalah akibat penggunaan pukat tunda di samping aktiviti pelancongan dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, katanya, pindaan Enakmen Penyu 1951 yang berkuatkuasa 1 Jun lalu diharap dapat mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kelestarian penyu.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM640,000 pada tahun ini bagi pengurusan dan pembangunan penyu termasuk upah pekerja, belian telur daripada pemajak di samping menaiktaraf pusat konservasi.

“Malah kerajaan Persekutuan turut menyalurkan sejumlah RM210,000 kepada Jabatan Perikanan bagi meningkatkan kemudahan di pusat-pusat penetasan telur penyu di seluruh Terengganu,” katanya dalam Program Kesedaran Cakna Penyu di galeri jambatan angkat di sini, semalam.

Menurut Azman, sehingga Mei lalu, sebanyak 130,455 biji telur penyu agar dan karah ditemukan di 2,007 sarang.

Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) antara lain melarang penjualan dan pemilikan telur semua spesies penyu dan tuntung dengan kadar denda antara RM50,000 sehingga RM250,000 atau hukuman penjara bagi setiap kesalahan terbabit. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya