PETALING JAYA: Sebanyak 2,796 jangkitan Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, dengan membabitkan 2,587 kes penularan tempatan dan 209 kes import sekali gus menjadikan keseluruhan kes aktif 27,318 kes.
Menurut laman Covid Now, daripada jumlah tersebut, 26,253 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 18 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Selain itu, 1,009 atau 3.7 peratus lagi dirawat di hospital dengan 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 21 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sebanyak 2,503 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah berjumlah 4,486,787 kes. – UTUSAN