kesan jentik-jentik

17 tempat dikesan ada jentik-jentik dalam sebuah rumah

ZAKARIA Ismail memeriksa bekas takungan air dekat sebuah rumah untuk memastikan tiada kehadiran nyamuk dan jentik-jentik dalam Operasi Pencegahan Nyamuk Aedes dekat Taman Meru Indah di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah rumah dikesan mempunyai 17 kawasan takungan yang mengandungi jentik-jentik nyamuk aedes dalam satu operasi pencegahan denggi oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan MPK, Zakaria Ismail berkata, pihaknya tidak terus mengeluarkan kompaun tetapi masih memberi peluang kepada pemilik premis untuk melakukan pembersihan.

“Ada sebuah rumah mengumpul barang-barang lama yang mana kami jumpa 17 tempat takungan yang kita kesan ada jentik-jentik.

“Kita memberi notis supaya dia segera membersihkannya dalam masa tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Pencegahan Nyamuk Aedes di Taman Meru Indah semalam.

Zakaria berkata,selepas tujuh hari jika tidak dibersihkan, pihak MPK tidak teragak-agak mengambil tindakan menyita barang-barang yang dikumpul di kawasan depan rumah penduduk terbabit.

“Ini bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes kita boleh musnahkan dengan segera,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan tegas perlu segera diambil disebabkan kes demam denggi semasa berjumlah 2,886 kes.

Jelasnya lagi, minggu lepas sahaja 157 kes demam denggi dicatatkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan di Taman Meru Indah telah merekodkan dua kes.

“Sehubungan dengan itu kita meminta penduduk mengamalkan amalan 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan takungan air sekitar rumah.

“Ini disebabkan hasil pemeriksaan kita hari ini banyak longkang di kawasan lorong belakang dipenuhi air yang bertakung mengandungi jentik-jentik,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya