120 pengambilan baru anggota JPJ di seluruh negara

120 pengambilan baru anggota JPJ di seluruh negara

MOHD. Kifli Mahasan (tengah) pada gimik Pelantikan Pemimpin Pelajar Sessi 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedondong Pasir Mas, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSILIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seramai 120 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara diambil bagi mengisi kekosongan di jabatan itu yang memerlukan.

Pengarah Akademi JPJ Malaysia, Mohd. Kifli Mahasan berkata, pengambilan itu adalah yang pertama untuk tahun ini.

“Sebelum itu mereka yang layak sudah menjalani sesi temuduga dan ujian fizikal.

“Mereka kemudian menjalani latihan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Melaka selama tiga bulan sebelum diserap ke bahagian yang ditetapkan.

“Sesi pengambilan anggota baru itu akan dilaksanakan bergantung kepada kekasongan dan keperluan di jabatan itu di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sessi 2022/2023 Bersama Kumpulan Pancaragam Mega Symphony JPJ Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedondong, di sini hari ini.

Terdahulu persembahan Kumpulan Pancaragam Mega Symphony JPJ Malaysia diadakan yang melibatkan seramai 45 anggota dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Kifli berkata, jumlah pengambilan anggota baru juga hampir sama dengan tahun lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya