11,000 peluang pekerjaan karnival kerjaya Melaka

11,000 peluang pekerjaan karnival kerjaya Melaka

NGWE Hee Sem (kiri) bersama Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar menunjukkan risalah Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans selepas sidang akhbar di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans pada 18 dan 19 Jun ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sam berkata, program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu disertai 31 majikan daripada pelbagai sektor. 

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 11,000 jawatan kosong ditawarkan melibatkan pelbagai syarikat gergasi seperti Petronas, Sime Darby Plantation Berhad, Maybank Berhad dan Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. 

“Karnival ini adalah platform terbaik kepada mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan termasuk mereka yang baru menamatkan pengajian di universiti atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

“Pada tahun ini karnival ini turut disertai syarikat gergasi seperti Petronas, Maybank dan platform digital seperti Grab yang menawarkan peluang pekerjaan dalam ekonomi Gig,” katanya pada sidang akhbar di MITC di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran karnival itu juga dijangka dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini yang merekodkan kira-kira 2.8 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya