200,000 penduduk Petaling perlu bersedia gangguan air berjadual - Utusan Malaysia

200,000 penduduk Petaling perlu bersedia gangguan air berjadual

SENARAI kawasan yang terjejas dalam gangguan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil bermula 21 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dianggarkan 200,000 penduduk dalam 47 kawasan di daerah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula pukul 9 pagi, 21 Jun ini, berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas itu melibatkan sekitar Puchong, Bukit Jalil dan Glenmarie, di sini.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi, 21 Jun, dan dijangka pulih sepenuhnya pukul 9 pagi keesokannya. Bekalan dijangka mula disalurkan bermula 9 malam secara berperingkat selepas kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Justeru, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi  seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya