Zuraida lompat parti lagi: Ahmad Zahid gesa RUU Lompat Parti disegera

Zuraida lompat parti lagi: Ahmad Zahid gesa RUU Lompat Parti disegera

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti perlu disegerakan susulan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini. 

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang tanpa pindaan undang-undang. 

“Apabila Zuraida yang pernah keluar dari PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai PBM, ia memberikan seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja.

“Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia mengumumkan tindakan keluar parti itu selepas membuat pertimbangan yang mendalam dan mempercayai dengan perjuangan PBM yang berteraskan enam prinsip utama. 

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri Kabinet.

Katanya, ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Ramai lagi ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Menteri yang dipegang oleh Zuraida,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya