KUALA LUMPUR: Biarpun Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut seperti sediakala, namun penyanyi Zaki Yamani membuat keputusan tidak membuat rumah terbuka.
Menurut Zaki yang juga merupakan anak penyanyi legenda Jamal Abdillah, dia mahu meluangkan masanya dengan menghadiri rumah terbuka rakan-rakan.
“Raya sakan kali ini, tetapi untuk tahun ini saya tak buat rumah terbuka. Mungkin saya sahaja yang datang rumah mereka,” katanya yang sukakan menu raya rendang daging.
Ditanya tentang baju raya, penyanyi lagu Slowmo itu memaklumkan dirinya ditaja jenama terkenal tempatan.
“Tahun ini raya saya paling meriah. Baju raya saya ada lapan sebab ditaja oleh Bulan Bintang dan Wak Doyok.
“Saya beli satu pasang sahaja sempena hari ulang tahun kelahiran saya.
“Ada beli juga untuk datuk saya, dia suka. Saya pilih sebab dia pening tak tahu nak pakai yang macam mana,” ujarnya.