Warga emas meninggal terkejut rumah dihempap pokok

Warga emas meninggal terkejut rumah dihempap pokok

RUMAH seorang warga emas yang dihempap pokok kelapa di Jalan Bukit Kecil, Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seorang wanita warga emas meninggal dunia akibat terkejut dan sesak nafas selepas rumahnya dihempap pokok kelapa dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Hatun Osman, 65, terkejut apabila pokok kelapa tumbang menghempap bumbung rumah tempat wanita itu tidur dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kesan pokok tumbang menghempap bumbung zink berhampiran tempat mangsa tidur.

Katanya, warga emas tersebut tinggal di rumah bersama suami dan dua anaknya.

“Siasatan  tidak menemukan apa-apa kesan yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah dan kejadian ini berpunca akibat bencana alam.

“Pemeriksaan ke atas fizikal mayat mangsa juga tidak menemukan apa-apa kesan kecederaan akibat dihempap pokok. Mayat kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya