Ustaz Kazim Elias lalui detik mencabar, sakit gatal, gelisah, pedih - Utusan Malaysia

Ustaz Kazim Elias lalui detik mencabar, sakit gatal, gelisah, pedih

HANTARAN di Facebook menunjukkan 'penyakit misteri' dialami Kazim Elias.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias melalui detik-detik penuh mencabar selepas diserang ‘penyakit misteri’.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, beliau berkata: “Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi daripada orang ramai”.

Beliau kemudiannya menulis: “Ini (gambar) keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan mellaui tampalan apabila muncul di khalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan”.

Menurutnya, ia boleh jadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah.

“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat. Sebab itu saya siarkan lengang petang tadi (semalam), sebagai kiasan pada badan saya.

“Saya perlukan pertolongan untuk sesiapa, baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya,” katanya.

Dalam hantaran itu, Ustaz Kazim memberitahu, walaupun sakit, beliau tetap terima semua jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu-dulu, tetapi tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya,” katanya.

Beliau kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepadanya.

“Saya dag berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah. Mungkin ada dalam kalangan tuan, puan yang boleh membantu saya, maka dengan itu saya siarkan gambar lengan effect (kesan) khas itu sebagai kiasan. Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya menggores hati anda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya