Usaha Pas suburkan Muafakat Nasional masih buntu - Utusan Malaysia

Usaha Pas suburkan Muafakat Nasional masih buntu

MUAFAKAT Nasional di awal penubuhannya dilihat sebagai wadah terbaik dalam menyatukan orang Melayu dari segi politik yang dibuktikan dengan kejayaan memenangi beberapa pilihan raya kecil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Usaha Pas Terengganu untuk menyuburkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO negeri masih buntu.

Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang berkata, sehingga kini dua jemputan dihulurkan parti itu masih gagal dilaksanakan sekali gus membantutkan gerak kerja politik yang diatur untuk kedua-dua pihak.

HUSAIN AWANG

“Kita cuba untuk mengadakan pertemuan atau kerjasama tetapi percubaan-percubaan itu tidak dapat dilakukan lagi sehingga hari ini, mungkin UMNO sibuk.

“Berkenaan sikap UMNO yang mendakwa MN tidak wujud di Terengganu, saya tidak mahu campur kerana Pas masih mahu meneruskan kerjasama itu,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pas Terengganu Bersama Perantau di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa semangat MN antara parti itu dengan Pas tidak pernah wujud di Terengganu.

Malah, parti itu tidak berganjak dengan pendirian untuk bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menentang Pas.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Pas Terengganu akan berusaha memujuk UMNO negeri ini untuk meneruskan jalinan kerjasama MN, Husain bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada parti di peringkat Pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya