Usah risau gerhana bulan penuh bakal ada lagi 8 November - Utusan Malaysia

Usah risau gerhana bulan penuh bakal ada lagi 8 November

TANGKAP layar memaparkan gambaran suasana gerhana bulan penuh pada 16 Mei 2022 yang bakal dapat dilihat jelas di benua Amerika. - FALAK ONLINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peminat astronomi tempatan yang ‘kempunan’ tidak dapat menyaksikan gerhana bulan penuh Isnin ini masih berpeluang melihat fenomena itu pada November depan.

Malah menurut saintis falak terkenal, Shahrin Ahmad, kejadian alamiah itu dapat disaksikan ketika proses bulan sedang terbit di ufuk langit menjelang senja sekitar pukul 7 petang kelak.

“Pada 8 November ini, giliran kita (Malaysia) pula dapat lihat gerhana bulan penuh dan yang paling baik sebab ia berlaku ketika bulan sedang terbit,” jelas beliau melalui akaun sosialnya.

Utusan Online pada 5 Mei lalu melaporkan berhubung kejadian sejadi tersebut pada 16 Mei ini yang tidak dapat disaksikan di Malaysia sebab cuma berlaku pada waktu siang di bawah ufuk.

Perkara itu turut disahkan Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi kenyataan akhbar semalam memaklumkan bahawa fenomena tersebut hanya mampu dilihat di benua Amerika.

Mengulas lanjut Shahrin yang juga pentadbir laman sesawang terkenal Falak Online berkata, gerhana bulan penuh pada awal November pula akan berlaku menjelang waktu azan Maghrib.

“Pada masa kejadian itu, planet Uranus dijangka tampak berada amat hampir dengan bulan serta dapat disaksikan di sebahagian besar rantau Asia Pasifik dan benua Amerika,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu, turut menyangkal pandangan kurang tepat segelintir pihak konon tahun ini adalah paling banyak berlaku fenomena alamiah tersebut seolah-olah ada petanda tertentu, sebaliknya, anggapan persepsi itu adalah salah kerana gerhana bulan berlaku secara purata dua kali setahun dengan paling tinggi tiga kali bahkan ada tiada langsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya