Usah panik, Mydin masih ada stok ayam - Ameer Mydin

Usah panik, Mydin masih ada stok ayam – Ameer Mydin

AMEER ALI MYDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai di seluruh negara terutama di Selangor diminta tidak panik susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan ayam dalam tempoh dua atau tiga hari ini. 

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun mengakui, bekalan ayam agak terhad, namun bukannya tidak ada langsung sepertimana yang dilaporkan. 

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu untuk melaporkan maklumat yang sahih dan tepat dalam media sosial bagi mengelak panik dalam kalangan orang ramai. 

“Dengar tak ada ayam kat selangor? Eh Mydin Subang Jaya bukan kat Selangor ke? Ni ada ayam. Dari mana ayam ni?

“Memang ayam itu terhad, tetapi bukan tak ada ayam. Memang ayam bulan itu terhad, tetapi potongan ayam banyak. Peha ada, whole leg ada dan sayap pun ada. 

“Memang ada had dan kita bagi had, satu pelanggan boleh beli dua. Tetapi jangan panic (sebab) kat Mydin ada. Mydin selalu ada untuk anda,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Mydin.

Media sebelum ini melaporkan, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu susulan kebanyakan penternak di negeri ini menghadapi kematian ribuan ayam disebabkan sakit. 

Isu kekurangan ayam segar di pasaran merebak ke seluruh negara sehingga meresah seluruh rakyat di negara ini sehingga memaksa mesyuarat Kabinet dipercepatkan pada esok bagi membincangkan berhubung kos sara hidup dan bekalan barang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya