TV Singapura dikritik silap papar bendera negara peserta Sukan SEA - Utusan Malaysia

TV Singapura dikritik silap papar bendera negara peserta Sukan SEA

TANGKAP layar memaparkan kesilapan bendera negara peserta Sukan SEA 2021 di Vietnam yang disiarkan stesen TV Singapura semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bayangkanlah bendera Malaysia bertukar menjadi Vietnam manakala Jalur Gemilang dijadikan bendera rasmi Singapura pula, tetapi itulah yang tular perkatakan netizen.

Meskipun saluran berita berkenaan dianggap stesen penyiaran gah bertaraf global, namun kesilapan paparan bendera itu ternyata menjadi bahan jenaka ramai warganet seluruh dunia.

Stesen milik pemerintah Singapura itu membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam netizen republik itu sendiri kerana ralat yang tidak boleh dimaafkan.

Kesilapan itu pada mulanya dimuat naik laman sosial popular Fabrications About Singapore awal hari ini sebelum tular dikongsi pengguna media sosial luar negara termasuk Malaysia.

Ia turut memaparkan bendera hos Sukan SEA edisi ke-31 kali ini, Vietnam yang unggul di carta pertama berubah menjadi Filipina, sementara Indonesia pula kepada bendera Thailand.

Filipina bahkan bertukar kepada bendera Indonesia manakala Thailand kepada Singapura selain Brunei menjadi Kemboja dan Kemboja pula kepada Laos yang berubah kepada Brunei.

Hanya dua negara yang berada di kedudukan tercorot dalam kedudukan pingat pada semalam iaitu Myanmar dan Timor Leste kekal dengan bendera masing-masing yang betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN