Trafik sesak lebih 16km dari Karak ke KL

Trafik sesak lebih 16km dari Karak ke KL

EMANDANGAN udara keadaan trafik yang sesak berikutan warga kota kembali dari kampung halaman selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur  hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat kesesakan lalu lintas sepanjang 16.4 km dari Kilometer 76.9 hingga Kilometer 60.5 melibatkan laluan Karak dan Bentong di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, sejak pukul 4 petang tadi.

Menurut Anih Berhad, kesesakan itu berlaku berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur.

Selain itu, terdapat kesesakan sepanjang 8.6km antara Bentong dan Bukit Tinggi dan 2.3km di Tol Plaza Gombak

Bagaimanapun, trafik lancar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala.

Sementara itu, PLUS melaporkan aliran trafik tinggi sepanjang 16.2km antara Pedas-Linggi dan Senawang.

Ini diikuti 5.4km antara Hentian Bemban Utara dan Ayer Keroh, Tangkak dan Jasin (4 km), Senawang dan Seremban (4.4 km) dan Hentian Pedas-Linggi Utara dan Pedas-Linggi (3.4 km). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya