Trafik menuju Kuala Pilah sesak

Trafik menuju Kuala Pilah sesak

KEADAAN trafik sesak di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus berikutan pertambahan kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri. - FOTO/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keadaan trafik di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini sesak berikutan pertambahan kenderaan susulan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Tinjauan Utusan Malaysia kira-kira pukul 3 petang tadi mendapati kenderaan mula perlahan di laluan mendaki di Bukit Putus dan ia berterusan sehingga ke Tanjung Ipoh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, Jalan Seremban-Kuala Pilah sememangnya dijangka akan mengalami sedikit kesesakan apatah lagi ia juga menjadi laluan pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur.

“Kesesakan itu disebabkan kenderaan perlu menaiki bukit namun apabila sudah menuruni bukit, trafik kembali lancar,” katanya lagi.

Beliau sebelum ini ketika berkata kepada pemberita, sebanyak satu juta kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya