Tingkat pengeluaran ayam seluruh negara - Pejuang Muda

Tingkat pengeluaran ayam seluruh negara – Pejuang Muda

pejuang
Mohd. Danial Mohd. Don Alfian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meningkatkan pengeluaran ayam seluruh negara adalah antara lima saranan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kepada kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ayam.

Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pejuang Muda, Mohd. Danial Mohd. Don Alfian berkata, antara saranan lain adalah mengurangkan kebergantungan import jagung dan memulakan penanaman jagung dalam skala besar kerana tanaman itu adalah bahan asas penghasilan dedak ayam serta ternakan ruminan.

“Selain itu, usahawan kecil sederhana dalam penternakan ayam perlu diperbanyak untuk menjana ekonomi setempat dan mempelbagaikan penghasilan produk hiliran berasaskan ayam.

“Di samping itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sewajarnya mewujudkan sistem Contract Farming dengan lebih banyak agar masalah kebergantungan stok kepada satu pihak sahaja dapat diatasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah sedemikian perlu dilaksanakan segera kerana pembatalan Permit Impot (AP)  dan eksport hanya penyelesaian jangka masa pendek serta impak yang bersifat sementara.

“Malaysia sepatutnya sudah lama menjadi seperti negara jiran, Thailand yang mampu menyediakan bekalan ayam untuk pasaran eksport dunia tetapi jauh ketinggalan dalam industri penternakan dan pertanian.

“Kestabilan harga ayam, harga dedak ayam dan ternakan ruminan hanya dapat dilaksanakan jika negara sendiri menghasilkan sumber bekalan makanan ternakan sekali gus mengurangkan kebergantungan import,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya