Tiga kilang sederet hangus - Utusan Malaysia

Tiga kilang sederet hangus

PASUKAN bomba mengawal kebakaran melibatkan deretan tiga lot kilang pengeluar komponen perabot dan barangan elektrik dekat Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Deretan tiga lot kilang pengeluar komponen perabot dan barangan elektrik hangus dalam satu kejadian kebakaran kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba ditempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan pada pukul 11.58 malam.

“Kebakaran melibatkan tiga lot kilang berkeluasan 60 kali 100 kaki persegi setiap lot terbakar pada anggaran 80 peratus keseluruhan bangunan.

“Seramai 30 pegawai dan anggota pasukan penyelamat bersama tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu dua pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jelas Norazam, walau bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan atau kematian mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya