Tidak terdesak cari cinta - Sufian Suhaimi - Utusan Malaysia

Tidak terdesak cari cinta – Sufian Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIAM-diam ubi berisi, siapa sangka rupanya penyanyi berwajah manis, Sufian Suhaimi ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.

Hal tersebut dikongsi sendiri oleh penyanyi popular menerusi lagu Di Matamu itu.

Begitu pun kongsi jejaka berusia 30 tahun ini, kisah cintanya tidak berpanjangan.

Turut tidak mengulas panjang berkenaan hal tersebut, Suffian Suhaimi reda dengan ketentuan takdir Ilahi.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Adil bukan? Masing-masing telah disediakan jodoh dan rezeki bukan? Ada orang dapat rezeki, jodoh awal.

“Walaupun belum berpasangan lagi, Allah berikan dari segi kesihatan, keluarga yang baik, perniagaan dan saya sangat gembira.

“Kalau ditanya pasal pasangan mestilah ada rasa terutamanya bila melihat kawan-kawan rapat seperti Ariff Bahran, Syafiq, Tajul dan Haqiem Rusli sudah berumah tangga,” luahnya.

Mengulas lanjut, Sudian tidak mempunyai sebarang kriteria khusus buat bakal isteri tetapi biarlah cukup elok budi pekerti.

“Sekarang ini, saya hanya mahu berikan sepenuh tumpuan pada karier nyanyian dan mengembangkan lagi bisnes sedia ada.

“Kalau boleh, tak mahulah terlalu mengejar cinta atau terdesak mencari pasangan hidup. Biarlah semuanya hadir dengan sendiri,” luahnya tenang.

CERITA RAYA
Bercerita tentang raya, penyanyi yang popular menerusi lagu Terakhir itu lebih mengutamakan masa bersama ahli keluarga sahaja.

“Tahun ini agak berbeza sebab keluarga saya menziarahi keluarga lain selama tiga hari sebelum raya dan bagi duit raya.

“Cuma pada Syawal pertama hari itu saya dengan keluarga sendiri sahaja dan raya keempat saya sudah balik ke Kuala Lumpur,” kongsinya.

Mengimbas kenangan Aidilfitri, penyanyi berusia 30 tahun itu tidak dapat melupakan kemeriahan tatkala arwah neneknya masih ada.

“Bagi saya arwah nenek ini, orangnya walaupun sederhana dialah insan pengikat hubungan kekeluargaan.

“Bila dia sudah tiada ini, terasa jugalah hubungan kekeluargaan itu tidak seerat dahulu walaupun tiada masalah.

“Kalau dulu, balik kampung ada sebab nak berkumpul ramai-ramai hanya kerana nak ziarah nenek,” katanya.

TERASA SAYANG
Berkongsi mengenai anak angkat yang bakal menginjak usia empat tahun, kongsi Sufian, anak angkatnya Faeq Razeeq menunjukkan perkem­bangan yang sihat dan bijak.

Tambah Sufian, tujuannya mempunyai anak angkat adalah kerana mahukan seharian hidupnya bermak­na.

“Walau­pun dia baru dua tahun dengan saya, dapatlah juga merasa perasaan seorang ibu bapa macam mana melihat perkembangan anak membesar dan nampak dia membesar dengan bijak.

“Rasa jugalah rasa kasih sayang dengan Faeq walaupun anak angkat sahaja. Walaupun Faeq tak tinggal dengan saya, tapi kami selalu habiskan masa pada setiap minggu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya